Oolat Oolit


 


Konsep Cerita




Mengisahkan dua ekor Oolat dan Oolit yang tinggal di dalam dunia kapsul mereka dan kebanyakan aktiviti mereka lakukan bersama di dalam kapsul taman mini mereka.

Bermula dengan siri animasi 3D muzikal yang berunsur pendidikan, humor dan hiburan muzikal. (Hibur dan menghiburkan).


Genre

Edutainment, comedy, musical


Sasaran Penonton

Umur 2-5 tahun (pra-sekolah)


Sinopsis cerita

Mengupas dan mencungkil hikmat dari setiap kejadian. Hikmah yang diperolehi dikaitkan dengan KEBESARAN TUHAN. Kanak-kanak memperolehi pendidikan secara informal dari kupasan Oolat di atas perbuatan, tingkahlaku, akhlak, perlaksanaan adab mereka.

Dalam senario kehidupan mereka berdua akan dikupas dalam 5 unsur atau elemen yang akan dikaitkan dalam kehidupan manusia semoga dapat menjadi impak yang positif kepada kanak-kanak serta ibubapa yang menonton rancangan Oolat dan Oolit ini.


5 Unsur positif seperti:

i) PERCAYA dalam melakukan sesuatu perkara yang benar dan kewujudan Allah.

ii) DOA kepada Allah agar diberkati setiap perkara yang bakal kita lakukan.

iii) SABAR semasa melaksanakan tindakan dalam proses tersebut.

iv) USAHA dengan bersungguh-sungguh dan panduan yang tepat supaya tidak tersesat jalan.

v) SYUKUR atas nikmat yang Allah kurniakan dan redha atas setiap hasil yang telah kita perolehi.



Karakteristik


Oolat



1) Oolat

- Tabah, tenang dan sentiasa ceria dan matang. Bertutur dengan cepat tetapi jelas. Suka
   menggunakan beberapa fakta sebagai contoh dalam menjelaskan sesuatu perkara.

- Umur (tidak diketahui)

- Gemar membaca dan menerokai teknologi komputer atau pakar IT.

- Mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi.

- Sentiasa berusaha membantu Oolit menyelesaikan masalah yang dihadapi.

- Oolat sebagai panduan kepada Oolit dalam segala hal kehidupan.

- Mempunyai sebuah komputer riba yang boleh berfikir sendiri (Ai).

- Gemar menari tetapi tidak sehebat Oolit.

- Oolat boleh meminta computer riba ia untuk menunjukan gambarajah atau panduan dalam
   menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku.




Oolit





2) Oolit

- Nakal dan sentiasa mendatangkan masalah. Bertutur dengan beberapa perkataan pelat.
  Contoh: Cakap jadi Kachap, Tidur jadi Titon dan sebagainya.

- Berumur lebih kurang 5 tahun (umur kanak-kanak manusia), sifat seorang kanak-kanak yang
  aktif dan ia sentiasa bersemangat dalam menjalani kehidupan.

- Sentiasa lalai, leka dan cuai dalam melakukan kerja-kerja harian.

- Gemar menari dan menyanyi dan melakukan aktiviti mencabar, bermain benda-benda kotor
  seperti lumpur dan membuat sampah.

- Mempunyai sifat kebudak-budakan dan suka mencuba perkara yang baru dan
  membahayakan dirinya.

- Tetapi ia tetap menyayangi Oolat dan patuh pada arahan jika telah melakukan kesalahan.

- Oolit rajin melakukan kerja-kerja kreatif seperti membuat kapal terbang kertas, bangsal
   atau pondok daripada ranting kayu, kereta kayu tetapi sering menghadapi kegagalan pada
   peringkat awalnya ….. namun setelah dibantu oleh Oolat akhirnya ia berjaya juga akhirnya.



Ooga dan Oogi




3) Ooga dan Oogi

- Watak sampingan dan merupakan pasangan kembar tak seiras.

- Merupakan sahabat yang paling rapat dan jiran kepada pasangan Oolat dan Oolit.

- Mereka mempunyai kapsul penempatan mereka sendiri yang berhampiran dengan kapsul
  Oolat dan Oolit.

- Perwatakan mereka sentiasa ingin mendapatkan perhatian Oolat dan Oolit,
   kadangkala menimbulkan kekecohan kerana masing-masing sentiasa merasakan
   mereka mempunyai kelebihan yang berbeza tetapi hakikatnya mereka berdua sama sahaja.

- Namun begitu mereka berdua mempunyai jiwa yang ikhlas dan sentiasa ringan
  tulang menghulurkan bantuan kepada Oolat dan Oolit dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

- Sifat mereka yang mencuit hati dan melucukan sentisa menjadi hiburan kepada Oolat dan Oolit.

- Mereka sentiasa berat sebelah dalam menyokong sesuatu tindakan, sebagai contohnya,
  jika Oolit melakukan sesuatu perkara yang akan membahayakan, mereka akan menyokong
  dahulu namun jika tindakan itu gagal atau membawa padah baru mereka setuju pula
  dengan nasihat yang Oolat berikan kepada Oolit.

- Perkara paling penting, jika berlaku bahaya, mereka berdua yang akan kehadapan
  membantu Oolat dan Oolit dalam membela sahabat mereka itu.

- Mereka berdua memang pandai menari dan lebih extreme dari Oolat, tetapi jika menyanyi
  solo belum tentu sedap didengar.

- Beza antara Ooga dan Oogi adalah Ooga selalu memberi pandangan yang belum tentu
  boleh berjaya tetapi Oogi selalu ikut sahaja kemana kembarnya mahukan sebab Oogi gemar
  kepada makanan dan sentiasa memegang makana bersama ia. Makanan kegemaran Oogi adalah
  makanan ringan. (Sifat negative ini diwujudkan agar kanak-kanak dapat diberikan
  pengajaran pada sifat yang sedemikian)

- Dalam kitab hidup Oogi … kemana pergi ada ketidak makanan.

- Ooga dan Oogi bertutur secara MUMBLING. Oolat sahaja yang memahami bahasa mereka
   dan boleh menjelaskan kepada Oolat.